Sepi | Aidiladha
Hafizism: Sepi adalah sebuah karya yang cukup bermakna dan terkesan di hati biarpun berkali-kali ditonton – terutama kisah Sufi dan Maria. Dan Aidiladha tahun ini, Hafizism memilih untuk sendirian sahaja. Memang tiada rancangan dari awal lagi melainkan solat sunat Aidiladha di Al-Furqan. Alhamdulillah ada jemputan berbuka malam sebelumnya dan tanpa dirancang bertemu sekali lagi hos di KFC hari berikutnya.
Masih berusaha mengikis rasa kecewa dan terkilan, apatah lagi mengenangkan ikhtiar dan usaha Aidiladha tahun lalu seakan sia-sia. Modul iSyllabus minggu lalu tentang niat sedikit sebanyak mengurangkan amarah dalam hati. Setiap tindakan perlu didahului dengan niat dan pengakhirannya juga disusuli dengan niat.
Esok kembali ke makmal setelah 2 hari menghadiri seminar dan kursus. Ada tugas penting yang perlu diselesaikan dalam masa 24 jam dan ada satu lagi tugasan lain dalam masa sebulan.
Semoga dikekalkanNya kecekalan, kesabaran dan kekuatan dalam menempuh hari-hari mendatang yang semakin mencabar. Agar niat dan tindakan sentiasa dalam keberkatanNya.
Ketawa. Kecewa. Terpisah. Jalan yang lurus kian berhalang. Apakah semua ini yang kuinginkan? Ataupun hanya mengerjar dunia semata-mata? Sungai Lui
