Sedetik Lebih (Selepas Selamanya)
Hafizism: Keletihan yang teramat. Syukur minggu ini hanya letih fizikal setelah tiga minggu emosi dan fizikal teruji. Skrip kehidupan yang sama seperti sebelum ini kembali: keluarga, kerjaya dan kisah hati. Hampir tewas, Alhamdulillah terselamat dengan sedikit kesabaran yang tersisa. Perlu diambil iktibar sebaiknya dari kesudahan episod sebelum ini.
Kesibukan adalah sesuatu yang indah dalam bergelar pelajar atau penyelidik sepenuh masa – harus disyukuri.
