OMBAK Rindu II

•December 17, 2011 • Leave a Comment

dah tgk ke?

Wanita yang menawarkan diri sebagai isteri kepada lelaki yang baik bukan satu kecacatan sebaliknya tanda tinggi hasratnya kepada kebaikan. (Dr. Asri Zainul Abidin, via Twitter)
mind to comment further?

Salam perkenalan

Hmmm

Hafizism: Received multiple notifications with above comments. Was not feeling well for the past one week, busy packing stuff to move into new flat tomorrow and preparing the abstract & reference letter.

There’s no internet connection at home since last Thursday after the severe weathers. Don’t think will response to the comments anytime soon or at all. Start feeling annoying after keep receiving the same comments.

OMBAK Rindu

•December 9, 2011 • Leave a Comment

Hafizism: Arwah Abah selalu ingatkan. Tiada istilah cuaca buruk. Cuaca hari ini sangat mencabar. Diarahkan pulang tengah hari tadi. Kesejukan yang sangat tidak selesa.

Hanya mampu berserah. Moga cahaya tiba nanti. Ombak Rindu.

In Asenza di Te (It’s Not Goodbye)

•November 24, 2011 • Leave a Comment

Hafizism: Had a dream 2 days ago – completed PhD and saying goodbye to AM in front of Woodlands Terrace. But after coming back to the lab this morning (taking a day off yesterday)…

AM: Hafiz, I’m giving my resignation letter soon. I’ve got a job in The States.

It’s good for AM – a dream comes true. Hafizism should be happy, but it’s so sad to see someone so close leaving.

Till we say our next hello, it’s not goodbye.

HambaMu

•November 23, 2011 • Leave a Comment

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

HambaMu

hafizism: Syukur, peperiksaan tadi jauh lebih baik dari yang disangkakan. Dalam kekalutan, kelelahan tugasan harian, hidup lebih bermakna apabila sentiasa ada syukur padaNya setiap waktu. Tidak sabar rasanya untuk melengkapkan semua perancangan September – Disember sebelum memulakan kehidupan baru di Oakfield Ave.

Sepi | Aidiladha

•November 9, 2011 • Leave a Comment

Hafizism: Sepi adalah sebuah karya yang cukup bermakna dan terkesan di hati biarpun berkali-kali ditonton – terutama kisah Sufi dan Maria. Dan Aidiladha tahun ini, Hafizism memilih untuk sendirian sahaja. Memang tiada rancangan dari awal lagi melainkan solat sunat Aidiladha di Al-Furqan. Alhamdulillah ada jemputan berbuka malam sebelumnya dan tanpa dirancang bertemu sekali lagi hos di KFC hari berikutnya.

Masih berusaha mengikis rasa kecewa dan terkilan, apatah lagi mengenangkan ikhtiar dan usaha Aidiladha tahun lalu seakan sia-sia. Modul iSyllabus minggu lalu tentang niat sedikit sebanyak mengurangkan amarah dalam hati. Setiap tindakan perlu didahului dengan niat dan pengakhirannya juga disusuli dengan niat.

Esok kembali ke makmal setelah 2 hari menghadiri seminar dan kursus. Ada tugas penting yang perlu diselesaikan dalam masa 24 jam dan ada satu lagi tugasan lain dalam masa sebulan.

Semoga dikekalkanNya kecekalan, kesabaran dan kekuatan dalam menempuh hari-hari mendatang yang semakin mencabar. Agar niat dan tindakan sentiasa dalam keberkatanNya.

Ketawa. Kecewa. Terpisah. Jalan yang lurus kian berhalang. Apakah semua ini yang kuinginkan? Ataupun hanya mengerjar dunia semata-mata? Sungai Lui  

 

Sedetik Lebih (Selepas Selamanya)

•November 2, 2011 • Leave a Comment

Hafizism: Keletihan yang teramat. Syukur minggu ini hanya letih fizikal setelah tiga minggu emosi dan fizikal teruji. Skrip kehidupan yang sama seperti sebelum ini kembali: keluarga, kerjaya dan kisah hati. Hampir tewas, Alhamdulillah terselamat dengan sedikit kesabaran yang tersisa. Perlu diambil iktibar sebaiknya dari kesudahan episod sebelum ini. 

Kesibukan adalah sesuatu yang indah dalam bergelar pelajar atau penyelidik sepenuh masa – harus disyukuri.

Maaf Dari Hati

•October 4, 2011 • Leave a Comment

AA: Ko dengan dia ok?

Hafizism: Bagi aku ok. Bagi dia aku tak pasti. Aku ada silap dan aku juga ada perasaan. Aku sedaya upaya ingat budi baik orang tapi bukan dengan cara diungkit.

Hafizism: Bukan sekali berlaku, untuk kesekian kalinya. Kuliah 77 Branches of Faith oleh Imam Baihaqi yang disampaikan oleh Sheikh Abdul Aziz sedikit sebanyak memberi ruang dan sinar kemaafan. Masih ada jalan kembali seperti mana kisah 6 tahun lepas. Berusaha untuk ikhlaskan diri, berharap pada Ilahi.

Berbuat baik suatu cabaran, untuk ikhlas berbuat baik terutama pada waktu-waktu konflik dalam persahabatan merupakan satu cabaran yang lain.

Hidup tetap diteruskan. Suka. Atau kurang suka.

Thank You Allah

•October 3, 2011 • Leave a Comment

Bismillahirrahmanirrahim | Alhamdulillahi Rabbil Alamin
In the name of Allah The Most Beneficient The Most Merciful | All Praise to Allah the Lord of The Worlds

V I V A

Hafizism: Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Thank you Allah for everything. Thank you family and friends whose making du’a for Hafizism all this while (regardless of what conflicts and issues between us). Looking forward to the next session. Insha Allah life goes on – beyond PhD. Research plan and direction for the next 9 months have been discussed, Islamic courses have been registered and already signed up for sports club/courses.

May Allah bless this jihad in seeking knowledge – Amin ya Rabbal Alamin.

Lebaran Ini

•September 4, 2011 • Leave a Comment

Ramadhan Ini II

•August 25, 2011 • Leave a Comment

Dalkeith Road Edinburgh

Hafizism: Setelah mengharungi pelbagai perkara tanpa henti sejak hari pertama Ramadhan, fizikal terpaksa akur kepada keletihan 2 hari lalu. Masih memaksa diri di pagi hari, tapi terpaksa beralah di tengah hari – mudah-mudahan checklist Ramadhan berjaya dilengkapkan sebelum berakhirnya bulan yang mulia ini. Bibir terasa ringan untuk mengeluh dengan ujian kesihatan dan cuaca yang kembali menjejaskan aktiviti harian, mujur hati berjaya memujuk dengan nikmat dan kurniaanNya sebelum ini.

Alhamdulillah, tenang setenang-tenangnya. Update dari JMC untuk 2 hari berturut-turut, semalam dan hari ini, cukup melegakan. Kata-kata yang tak pernah Hafizism fikirkan untuk didengari seawal tahun satu pengajian ini. Syukur ya Allah kerana Maha Mendengar harapan dan rintih hati hambamu ini. Segala puji bagiMu, Tuhan sekalian alam.

Belum ada keterujaan menyambut Aidilfitri. Dalam kekalutan tugas harian, cuba merencana Ramadhan tahun depan, dengan izinNya – inshaAllah.

Kuatkanlah fizikal dan jiwa ini ya Allah dalam melengkapkan ibadah di bulan Ramadhan ini – Amin ya Rabbal Alamin.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.